Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Ahad, 21 Jun 2009

Kak Nia suka Kek Cawan!!!

Lihat!Ini kek cawan atau
nama glamour nya
cupcakes yang Kak Nia suka makan.

Kak Nia tempah dengan kawan KakNia.

Kek cawan ini kurang manis tau,
jadi kalau sakit gigi juga boleh makan.
Kek cawan ini comel
kerana ianya adalah
gabungan warna kegemaran Kak Nia
iaitu hijau dan merah jambu!


Oleh kerana kek cawan ini lah,
Kak Nia semakin 'sihat' dan membesar bagai johan tau..

Adik-adik..
apa pula makanan kegemaran?
Adakah anda juga menggemari kek cawan seperti Kak Nia?

Ek eh! Kak Nia dapat award lagi!

Wah.. tercungap-cungap Kak Nia mengutip award dari DJ Farhani ini tau.
Besar sungguh award nya. Peraturannya juga agak ketat.

Akan tetapi, Kak Nia harus mematuhi peraturan ini...

Peraturan:
Mesti jawab dalam bentuk tajuk rancangan, lagu, drama atau cerita.
Sebenarnya, banyak lagi peraturannya.
Tapi, Kak Nia edit sesuka hati. Jangan marah ye, wahai DJ yang manis.
Kak Nia minat dengan karya seorang editor sehingga Kak Nia rasa teringin nak jadi editor pula.


1. Korang suka makan apa?
Rona-Roni Makaroni

2. Korang sayang tak kat keluarga korang?
Keluarga Bahagia


3. Apa haiwan kesayangan korang?
Aku Tak Percaya Cinta. Sambil menari-nari macam Liyana Jasmay!

4. Apa kereta idaman korang?
Moving Forward. Adakah ini tajuk lagu? Kak Nia pun tak tahu.

5. Apakah muzik yang korang minat?
Cintamu Muzik Dihatiku.

6. Apa yang korang fikir fasal kawan korang?
Di Taman Teman. Alaaa... lagu Dato' Siti Nurhaliza tu.

7. Korang ni gemuk ke kurus?
London Weight Management.
Kak Nia tak berjaya lagi memikirkan tajuk lagu atau cerita yang sesuai.

8. Korang pentingkan kecantikan tak?

Rahsia Hati

9. Apa hobi korang?
Macam-macam Aznil

10. Korang suka pi shopping & outing tak?
Bencinta~ Faizal Tahir

11. Kalau masa cuti korang buat apa?
Jalan-jalan Cari Makan

12. Korang sedang dilamun cinta tak?
Cinta itu Buta

13. Apa yang buat korang tertarik untuk berBlogger?
Teman Tapi Mesra

14. Korang ni seorang yang ceria ke, pemarah, pemalas @ sebagainya?
Inspirasi Hidupku

15. Apa prinsip hidup korang?
Bagaikan Roda

16. Korang suka muzik tak?
Isabella

17. Apa yang mesti ada dalam beg korang?
Lipstik Jungle

18. Apa yang mesti ada di sekeliling korang?
Membaca Gaya Wawasan

19. Korang suka warna apa?
Hijau bumi Tuhan

Kak Nia perasan terasa seperti
mendapat Anugerah tak berapa Bintang Popular pula! :)
Kak Nia dengan bangganya tidak mahu tag sesiapa
kerana peraturan untuk award ini adalah sangat sukar untuk dipatuhi!:)




Sabtu, 20 Jun 2009

Dapat award dari Aqilah..

Aqilah ini rajin jenguk blog Kak Nia.
Baik hati Aqilah ini.
Siap beri Kak Nia award lagi.


Aqilah yang manis,
Maaf, Kak Nia mengelat sedikit!!

Kak Nia ubah sikit syarat-syarat award itu.


Aqilah ini adalah seorang yang

~tegar dalam ber blog
~cute
~ada blog yang sweet dan bling-bling
~umurnya 12 tahun


Suka sangat hati Kak Nia bila dapat award ini.
Terima kasih ye, Aqilah!!

Kalau sudi, berilah lagi award untuk Kak Nia! :)

Tanda anda menghadapi masalah mental?

Kak Nia salin entri ini dari blog ini untuk dikongsi dengan semua..
Adakah kucing-kucing ini comel?

Ha.. sila lah jawab!!

Tanda-tanda anda menghadapi masalah MENTAL?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur

Kedua:Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala


Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik.


Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan.


Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit.


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan.


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda.


Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung.


Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat.


Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.


Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.


Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.


Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH.

Sabtu, 13 Jun 2009

Kucing ayah Kak Nia ~ Si Mocha

Mocha ini lahir di rumah ayah Kak Nia.
Semua adik beradiknya sudah tiada.
Ada yang hilang entah ke mana.
Ada yang mati dilanggar motorsikal.
Ibunya si Putih juga sudah hilang entah ke mana.

Kalau Mocha ini boleh berkata-kata,
sudah tentu ia akan meluahkan rasa rindu kepada
ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Gambar ini adalah kenangan terindah Mocha bersama ibu dan adik-beradiknya.

Di belakang rumah Kak Nia ada kucing.

Nampak tak? Itu lah ada anak kucing yang mengiau di belakang rumah Kak Nia.
Kak Nia kasihan melihat kucing itu.
Apabila Kak Nia membuang tulang ikan, Kak Nia akan campak kan melalui tingkap.
Jadi, dapatlah kucing-kucing itu menumpang makan di rumah Kak Nia.

Khamis, 4 Jun 2009

Kasihan

Gambar ini Kak Nia ambil semasa pulang ke kampung.
Kasihan kucing ini
terkena kurap yang agak teruk di telinga dan badannya.
Kak Nia tak tahu
sama ada kucing ini masih boleh dipanggil anak kucing
atau
kucing remaja.

Ini kerana, Kak Nia pasti ia masih belum dewasa.

Rabu, 3 Jun 2009

Manuskrip Kak Nia

Hahaha..
Tiba-tiba Kak Nia rasa ada mood nak kongsikan dengan semua orang tentang perkara ini.

Ini boleh lah dianggap sebagai pra sneak preview untuk novel pertama Kak Nia nanti.

Kak Nia akan berikan sedikit sinopsis tentang nya di entri-entri yang akan datang.

Sekarang, Kak Nia mahu jalan-jalan di alam cyber.
Kak Nia memang suka ber 'blog' dan menyinggah ke blog orang lain.
Selain menjadi peminat warna hijau yang tegar, Kak Nia juga seorang blogger tegar.

Tak percaya?
Nanti Kak Nia akan buktikan!

Jumpa lagi!
Tata...