Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 13 November 2010

Mari.. Mari.. Contest Si Kucing Kucing

Adik Kak Nia yang juga penulis bersama novel-novel
(wah.. sekarang boleh tulis ganda dua apabila menyebut novel)
sedang menganjurkan contest menarik.


Kak Nia salinkan entri nya untuk adik-adik.
Sesiapa yang ada kucing comel boleh lah join.
Kalau tidak pun, boleh pinjam kucing jiran-jiran juga!


Hehehehe




Dengan ini *bunyi drum* saya persembahkan contest PERTAMA yang dibuat oleh diri sendiri untuk para blogger sekalian. CONTEST SI KUCING KUCING. Nama contest agak pelik. HAHA. Ini banner nyaa. Komot saya jadi DUTA! :)




Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut (ehem ehem, ayat skema, haha) :
  1. Syarat first yang tipikal. Click butang FOLLOW di sidebar dan jadi follower blog ini. Untuk memudahkan anda juga supaya dapat lihat update contest ini. Bukankah begitu? :)
  2. Buat satu entri blog yang bertajuk CONTEST Si Kucing Kucing. Jangan lupa letakkan banner contest yang di'link'kan terus ke blog ini okay? :)
  3. Dalam entri anda itu, sila nyatakan 3 sebab kenapa anda suka akan makhluk Allah yang dipanggil kucing ini. Kalau boleh biar entri simple, padat dan tepat ya. ;)
  4. Letakkan banner contest ini di sidebar blog anda.
  5. Letakkan link entri anda itu di ruangan komen bahagian bawah ini. :)
EXPIRED DATE : 30th November 2010

Tak susah pun syaratnya. Ada 5 sahaja. Mudah bukan? Hadiahnya? Sebuah novel SEPUPU LEGO untuk satu pemenang yang dipilih berdasarkan entri yang paling cantik menarik tertarik kau memang da bomb di mata juri tak profesional seperti saya dan seorang juri lain. Hehehe. Peserta pula, saya terpaksa 'limit'kan kepada 30 orang terawal sahaja. Maklumlah, contest simple dan hadiah pun sangat simple. Lain kali, kalau bajet lebih boleh buat contest besar-besaran pula. Juri selain saya masih lagi belum ditetapkan. Tunggu sahajalah update contest ini okay?


Akhirnyaa, buat jugak contest ini sendiri. Contest Si Kucing Kucing yang sesuai dengan hadiahnya iaitu novel berkisar tentang kucing. Jadi, takdelah simpan dalam almari sahaja novel SEPUPU LEGO yang extra tu. Hehe. ;)


Jom! Mari sertai beramai-ramai!
Mudah sahaja, kan?