Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Ahad, 31 Mei 2009

Kucing bermata hijau.

Kucing ini adalah milik ayah Kak Nia.
Kucing ini bernama Lego.
Mengapa ia bernama Lego?
Nantikan sebuah novel dari Kak Nia yang akan menceritakan tentang Lego.
Kak Nia adalah peminat hijau yang tegar!
Kak Nia ada banyak koleksi barangan berwarna hijau yang Kak Nia gemari.


Tak sangka pula kucing kesayangan ayah Kak Nia pula matanya hijau!

Sesiapa peminat kucing,
bolehlah mendapatkan novel Kak Nia yang akan terbit nanti.

Apabila sudah ada di pasaran, Kak Nia akan maklumkan!Jadi harap bersabar ya!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

Kak Nia ke Pesta Buku di Mines.

Tadi, Kak Nia berkunjung ke Pesta Buku di Mines.
Seronok melihat banyak buku di situ.
Membaca kan jambatan ilmu?


Layankan saja gambar-gambar buku ini, ye!
Kak Nia harap semua pengunjung blog Kak Nia akan ke pesta buku itu.
Seronok tau!

Percaya lah cakap Kak Nia..


Adik Kak Nia yang baru darjah satu baru saja pandai membaca.
Dia juga teruja melihat buku-buku di gerai PTS itu!

Khamis, 28 Mei 2009

Aksi si kucing.

Hari ini Kak Nia agak letih dengan pelbagai tugasan harian.

Namun, sempat juga Kak Nia carikan sesatu untuk pengunjung blog Kak Nia ini.

Video ini, Kak Nia salin dari Youtube



Harap semua terhibur!

Sabtu, 23 Mei 2009

Rumah yang Mesra Kucing!

Artikel di bawah ini Kak Nia ambil dari Kosmo.

Ianya berkaitan dengan rumah yang mesra kucing.
Kak Nia rasa, bagus juga jika kita ada sebuah rumah yang sebegini. Sekurang-kurangnya, haiwan comel ini boleh lebih rapat dan mesra!!



Banglo mesra kucing

Mengisi ruang tamunya dengan set sofa berbalut fabrik dan kulit yang diimport dari Itali, segalanya berkeadaan elok sahaja tanpa kesan calar atau rabakan.

LATIHAN dan penjagaan yang baik menjauhkan kucing daripada mengganggu ikan koi yang dibela di laman sisi rumah.
ATAS: SHAZWAN menunjukkan langkah mudah mengelakkan perabot daripada dicakar kucing.
BAWAH: FIFI mendapat kebebasan sepenuhnya di dalam rumah keluarga angkatnya ini.

ADAKAH rumah mesra kucing berbeza berbanding kediaman yang tidak membela kucing?"Tidak. Sama sahaja dengan rumah lain. Sebelum kami membela kucing, semua perabot ini sudah ada.

"Jadi tidaklah sampai perlu mempertimbangkan perabot yang tidak mudah calar dan sebagainya," kongsi juruteknik muda, Shazwan Khairudin, 24, yang kini menjaga tiga ekor kucing di rumah ibu bapanya di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara, Kuala Lumpur.

Anak sulung daripada dua adik-beradik ini merupakan peserta program realiti Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies yang masih bersiaran di sebuah stesen televisyen.

ATAS KIRI: KAYU nyatuh menjadi pilihan untuk sebahagian besar perhiasan dinding banglo ini.
BAWAH KIRI: SET sofa berbalut kulit ini dibeli sebelum kucing mula dibela. KANAN: TIDAK ada pertimbangan khusus dalam memilih material untuk hiasan dalaman kediaman ini.


Mengisi ruang tamunya dengan set sofa berbalut fabrik dan kulit yang diimport dari Itali, segalanya berkeadaan elok sahaja tanpa kesan calar atau rabakan. Malah dinding binaan kayu nyatuhnya juga terpelihara dengan baik.

"Kami hanya menggunakan penyembur anticakaran kucing untuk semua jenis perabot. Kepada manusia, penyembur ini tidak mengganggu, tetapi bagi binatang, bau yang dihasilkan mungkin tidak enak dihidu.

"Kami turut menggunakan penyembur berasaskan bunga catnip pada tempat mencakar khas yang telah disediakan di tempat-tempat tertentu," katanya.

Menurut Shazwan, kucing peliharaan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di dalam sesebuah kediaman baru.

"Ketika mula-mula membawa pulang Fifi (kucing untuk program Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies), memang dia langgar sana sini. Terusik jugalah perhiasan di dalam rumah ini.

"Tapi dalam masa dua minggu, dia sudah boleh membiasakan diri. Sekarang dia tak lagi mengusik barang perhiasan mak," ujar pemegang Diploma Animasi Digital dari The One Academy itu.


ATAS: PERHIASAN antik tidak terancam biarpun dengan kehadiran haiwan berkuku tajam.
TENGAH: BILIK air berjubin penuh ini hanya menggunakan dua warna. BAWAH: DI bilik tidur utama inilah Shaggy bermalam bersama Khairudin dan Sharifah.


Kalau diperhatikan, Fifi sangat lincah berbanding kucing yang sudah lama dipelihara bapa Shazwan, Khairuddin Jalaludin, 53, yang dipanggil Shaggy.

Melompat naik dan terjun dari set sofa di ruang tamu, Fifi tampak riang dengan kebebasan yang diberikan oleh tuan rumahnya.

"Kami memang tidak menghalang ke mana saja Fifi atau kucing lain hendak pergi, kecuali bahagian depan rumah kerana bimbang akan terlepas ke luar pagar.

"Tidak kiralah kalau sehingga ke bilik tidur sekali pun, kami tidak risau," katanya.


KELEBIHAN kediaman mewah ini ialah kedudukannya di dalam persekitaran landskap berkonsep tropika dan keselamatan berganda.





Keyakinan itu berikutan latihan yang telah diberikan kepada Fifi dan Shaggy untuk membuang air di tempat yang telah dikhaskan di luar rumah.

Disebabkan seekor lagi kucing, Sinba, gemar tidur bersama tuannya di bilik utama, Khairuddin dan isteri, Sharifah Muda, 53, sentiasa memastikan pintu bilik dibiar renggang agar si comel dapat keluar dari bilik setiap kali hendak membuang air kecil.

Sinba pada asalnya milik jiran tetapi dia enggan pulang ke rumah tuannya sejak lebih dua tahun yang lalu.

"Kami layan seperti kucing sendiri. Dia lebih seronok duduk di depan rumah.

"Pernah sekali dia berlawan dengan anjing yang masuk ke laman rumah. Sinba seperti penyambut tetamu dan penjaga keselamatan di rumah ini," Shazwan berseloroh.

Banglo dua tingkat ini memiliki tujuh buah bilik termasuk pejabat dan bilik orang gaji serta tujuh bilik air.

Kolam ikan koi

Dengan kolam ikan koi di laman sisi, kehadiran tiga ekor kucing tidak sedikit pun menjejaskan keselamatan ikan perhiasan yang berwarna terang itu.

"Kami sudah latih agar kucing-kucing ini tidak mengganggu ikan itu. Lagipun kami layan semua kucing seperti ahli keluarga dan sentiasa menjaga waktu makan mereka," jelas Shazwan.

Menjaga sendiri kebersihan rumah, Sharifah memilih untuk mengurangkan kerja pembersihan dengan menyikat bulu kucing-kucing di rumah itu setiap hari dan melakukan grooming sekali dalam sebulan.

Satu faktor yang menarik perhatian tentang rumah ini ialah kelebihan pada persekitarannya yang menghijau.

"Saya memang sudah lama mencari rumah di dalam kawasan hijau seperti di sebuah padang golf. Kawasan ini juga berpagar berganda dan lengkap dengan sistem keselamatan 24 jam.

"Bila-bila masa saya boleh berjoging di dalam kawasan rumah," jelas Khairuddin yang serik dengan pengalaman rumah dipecah masuk.

Konsultan untuk projek perumahan dan syarikat keselamatan itu juga melengkapkan keselamatan rumahnya dengan rod besi yang direka berbunga untuk mengurangkan kesan terkepung di dalam rumah sendiri. - FATIMI NADIAH ZAINUDEEN


Mungkinkah Afiq dan keluarganya akan membina rumah seperti ini selepas kepulangan Lego??

Kita nantikan saja..

Jumaat, 22 Mei 2009

Entry Pertama


Membaca itu jambatan ilmu!!

Apakah jambatan ilmu?

Adakah ilmu itu hanya boleh diperolehi dengan sekadar membaca?

Oh, membaca memerlukan penghayatan..

Penghayatan itu, sudah tentu membuatkan kita lebih memahami apa yang dibaca?

~ Ini adalah permulaan untuk memupuk semangat dan minat suka membaca di kalangan adik-adik semua..

Kak Nia harap, karya Kak Nia nanti akan memberikan sesuatu yang menghiburkan pembaca semua!!

Nantikan kemunculannya, ya......