Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 12 Disember 2009

Remis

Hari minggu yang lalu, Kak Nia dan keluarga bercuti di Melaka.

Adik Kak Nia yang baru berkhatan pun join sekali.

Berjemaah mencari remis.
Semua tekun sahaja tak pandang kiri kanan.

Kuis-kuis pasir, dalam pasir ada remis!

Sambil mencari remis, masih sempat berposing!

Inilah remis yang Kak Nia maksudkan itu.
Macam kepah juga tapi, saiznya lebih kecil.

Ahad, 6 Disember 2009

Sudah selamat!

Selamat akhirnya!!



Semalam, adik Kak Nia sudah selamat dikhatankan!

Kak Nia menghubungi Naim,
"Aim, Aim sakit tak?"

Naim menjawab dengan intonasi yang sedih,
"Sikit je."

"Aim nangis tak?"

"Sikit je."

Kak Nia mengucapkan sepatah dua kata semangat.
"Wah... aim kuat laaaaa!!"



Hmmm..
buat adik-adik lelaki yang membaca blog Kak Nia ini.

Jangan takut untuk menghadapai cabaran.
Anda semua boleh!!!

=)

Cerita lengkap boleh dibaca di blog adik Kak Nia.

Khamis, 3 Disember 2009

Lego di Kedai Buku

Beberapa hari yang lalu, Kak Nia telah menyertai
Bengkel Penulisan Teknik Surah Yusuf anjuran PTS.
Waktu tengahari, Kak Nia berpeluang menjenguk kedai buku berhampiran.
Suka hati Kak Nia mendapati ada 'Lego' di kedai buku tersebut.


Semasa 'berjalan-jalan' di blog ini,
Kak Nia ternampak sekeping gambar yang merakamkan
'Lego' ada di rak buku kanak-kanak.


Kak Nia tidak ada banyak masa untuk ke kedai buku selalu.
Kak Nia terfikir untuk mengadakan satu pertandingan!

Pertandingan apa?
Nanti Kak Nia akan umumkan dalam blog ini beberapa hari lagi.
Harap adik-adik dan pembaca semua sabar menanti!