Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Rabu, 22 Julai 2009

Comel ke?

'Abang' Kak Nia kata, kucing ni comel?



Comel?
Kak Nia rasa biasa saja.
Tak secomel kucing yang berbulu putih bersih.
Apa pendapat adik-adik semua?

Minggu lepas, semasa Kak Nia sedang makan di sebuah gerai.
Ada banyak sangat kucing terbiar di situ.

Kak Nia nak beritahu satu rahsia ni.
Pengakuan ikhlas Kak Nia yang tidak boleh dibaca di mana-mana selain dari di blog ini!
Kak Nia sebenarnya takutkan kucing.
Kak Nia suka ambil gambar kucing saja.
Tapi, Kak Nia takut nak pegang dan bersentuhan dengan kucing.
Kak Nia akan terjerit-jerit kalau ada kucing datang dekat dengan Kak Nia.
Kak Nia akan naikkan kaki bila ada kucing di bawah kerusi.

Rumah ayah Kak Nia ada dua ekor kucing.
Kak Nia akan menjerit kalau kucing-kucing itu lari ke arah Kak Nia.

Adik-adik ada cadangan tak, bagaimana nak mengatasi masalah takutkan kucing ini?


Terlalu penat...

Kak Nia pergi ke sebuah kawasan membeli belah bebas cukai.

Ada sesuatu yang Kak Nia nampak.
Bila nampak, cepat-cepat Kak Nia ambil kamera
dan ambil gambar untuk dikongsikan dengan semua.Kak Nia ingatkan kucing ini dah mati.
Rupa-rupanya, masih hidup dan sangat nyenyak tidur.

Mungkin kucing ini sangat penat
dan tak larat nak mencari katil.
Jadi, terus saja berhenti berehat di tempat barang ni.

Rabu, 15 Julai 2009

Kak Nia seorang yang sibuk

Kak Nia menulis hari ini semata-mata hendak meminta maaf kepada semua.
Sejak dua menjak ini, Kak Nia terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga kan tidak mempedulikan pengunjung setia blog Kak Nia ini.

Ditambah pula dengan ketandusan talian Internet di rumah Kak Nia!!!

Ohh... Kak Nia sedikit tertekan!!!!

Kak Nia minta maaf, ye..

Nanti bila Kak Nia sudah tidak sibuk dan line Internet sudah pulih seperti sedia kala, Kak Nia akan menerjah blog semua orang yang meninggalkan jejak di blog Kak Nia ni...

Jangan bengang pada Kak Nia ye..
Kak Nia sayang semua..
Sayang Qila yang macam watak alih suara Upin dan Ipin,
Wafiy yang comel,
Cik DJFarhani yang petah menulis.. (eh eh.. ada perkataan petah menulis ke?)

Sampai jumpa lagi...

Tata!