Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Rabu, 22 Julai 2009

Comel ke?

'Abang' Kak Nia kata, kucing ni comel?



Comel?
Kak Nia rasa biasa saja.
Tak secomel kucing yang berbulu putih bersih.
Apa pendapat adik-adik semua?

Minggu lepas, semasa Kak Nia sedang makan di sebuah gerai.
Ada banyak sangat kucing terbiar di situ.

Kak Nia nak beritahu satu rahsia ni.
Pengakuan ikhlas Kak Nia yang tidak boleh dibaca di mana-mana selain dari di blog ini!
Kak Nia sebenarnya takutkan kucing.
Kak Nia suka ambil gambar kucing saja.
Tapi, Kak Nia takut nak pegang dan bersentuhan dengan kucing.
Kak Nia akan terjerit-jerit kalau ada kucing datang dekat dengan Kak Nia.
Kak Nia akan naikkan kaki bila ada kucing di bawah kerusi.

Rumah ayah Kak Nia ada dua ekor kucing.
Kak Nia akan menjerit kalau kucing-kucing itu lari ke arah Kak Nia.

Adik-adik ada cadangan tak, bagaimana nak mengatasi masalah takutkan kucing ini?


1 ulasan:

Aqilah Suhaizam berkata...

KakNia,tadi qila dan kawan2 qila pergi lorong belakang rumah.kawan Qila,nadia,die kate kucing tu kena buli dengan anjing.mase lps kene buli tu ada banyak ulat.dajh seminggu3 hari katanya.tadi kitorang tengok: KEPALA masih okay,ada bulu,TANGAN,KAKI dan lain2 sudah tinggal TULANG!

Rasa nak menangis saje~
oh ya!Fasal mengatasi perasaan takut kucing tu,apa kata akak pergi ke hospital!Suruh doktor cucuk bius TAK TAKUT KUCING!(hahaha.mengarutkan qila ni?)