Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 29 Ogos 2009

7 September 2009 ~Novel Kami Terbit!


Lego adalah seekor kucing yang sangat suka makan ikan yang direbus tawar.

Afiq dan Anis sangat sukakan kucing. Suatu hari, mereka terjumpa anak kucing yang comel. Mereka meminta kebenaran dari ibu bapa mereka bagi memelihara kucing itu. Kucing itu begitu disayangi oleh mereka sekeluarga. Kucing itu diberi nama, Lego. Lego diberi makan ikan rebus tawar. Itu menjadikan bulu Lego sangat cantik. Suatu hari, sesuatu berlaku kepada Lego sehingga menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke Perancis. Bagaimana Lego boleh sampai ke Perancis? Apa yang menyebabkan Lego merajuk?

Dapatkan buku ini bagi mengetahui tip-tip penjagaan kucing.


Untuk makluman novel comel berwarna oren ini akan terbit pada

7 September 2009.

Boleh lah dapatkan di pasaran! Mahu beli online? Sila klik sini......

Untuk menjenguk blog penulis bersama, sila klik sini....

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa!

Hai semua!
Apa khabar?
Kak Nia harap semua pengunjung blog Kak Nia
yang tak cantik ni sentiasa sihat dan gembira.

Hari ini adalah hari pertama kita menjalani ibadah puasa.

Haaaa.. puasa ke tidak tu?
Kak Nia harap semua nya berusaha untuk puasa penuh ya!

Jangan mengelat bangun sahur ye.
Nanti tak larat pula nak berpuasa sampai ke petang.

Ketika Kak Nia masih kanak-kanak dulu,
mak ayah Kak Nia kata kalau tak puasa tak boleh raya!

Hari ni Kak Nia nak berkongsi sekeping gambar yang sangat comel!
Bulunya hitam sama seperti Lego.
Adakah ia juga makan ikan tawar?

Kak Nia tak pasti.

=)

Isnin, 10 Ogos 2009

Preview Novel Kak Nia

Assalamualaikum.
Haaai semua....

Wasup.. wasup (macam gaya Mila AF5) :-)

Semoga kalian semua mendapat lindungan Allah sentiasa.
Kak Nia cukup risau dengan virus yang melanda dunia sekarang ini.
Adik-adik semua mesti lah harus berhati-hati.
Jangan mengunjungi kawasan yang ramai orang seperti pusat membeli belah dan lain-lain.
Kalau sekolah adik-adik telah ditutup sementara, harap adik-adik jangan keluar rumah ye.
Jangkitan ini bertambah parah dari hari ke hari tau!!

Ok, di entri hari ini Kak Nia nak tunjukkan sedikit petikan dari novel Kak Nia.
Kak Nia sudah terima contoh rekabentuk untuk kulit buku tersebut dari Cik Puan editor yang manis. Namun, ada sedikit pembetulan pada nama penulis-penulisnya. Kak Nia sudah meminta Cik Puan editor untuk membaikinya.


Menurut ayah Kak Nia, ia akan terbit dalam bulan ini.
Ha... Jadi, jangan pergi cari sekarang di kedai buku.
Masih belum terbit ye, sayang...

Nanti Kak Nia akan maklumkan apabila ia sudah berada di pasaran.
Harap semua dapat bersabar ye!
~ Kak Nia teruja lagi!

Rabu, 5 Ogos 2009

Kucing buta


Hai, semua...!
Apa khabar?
Hari ini Kak Nia nak bercerita.

Adik Kak Nia sangat minat dengan kucing.
Nampak tak ada lolipop dia tu?
Makan lolipop pun nak dikongsi dengan kucing...
Di rumah ayah Kak Nia, ada seekor anak kucing baru.
Entah dari mana datangnya anak kucing itu, Kak Nia tidak begitu pasti.

Adik Kak Nia kata, anak kucing hitam itu buta.
Kasihan kan?
Sudah lah kurus kering, matanya buta pula.

Mungkin tuan anak kucing ini,
tidak merawat matanya lebih awal sehingga menjadi buta.

Tahukah adik-adik yang ubat mata untuk kucing boleh didapati di farmasi biasa?

Ha... kalau adik-adik nak tahu,
Kak Nia ada banyak lagi petua dan tips penjagaan kucing
dalam novel Kak Nia yang akan terbit tidak berapa lama lagi!!

Kak Nia sedang teruja!



Isnin, 3 Ogos 2009

Award dari Aqilah

Aqilah ni, baik hati tau!
Suka bagi Kak Nia award laaaa, tag laaa...

Seronok juga Kak Nia bila Aqilah beri Kak Nia award "Delicious Blog" ini.

Agaknya, kenapa Aqilah kata blog Kak Nia sedap, ye?

Terima Kasih, Aqilah!

:-)

Novel Kak Nia dah nak siap...


Adik-adik..

Novel Kak Nia yang pertama dah nak siap!
Sekarang, sudah berada di peringkat layout iaitu dalam Bahasa Melayu nya susunatur.

Kak Nia sangat teruja.
Kak Nia rasa seperti mahu melompat-lompat kegembiraan.

Adik-adik, anda semua harus bersiap sedia untuk menerjah kedai-kedai buku apabila novel Kak Nia sudah terbit nanti!!

Jangan lupa tau!
Kalau lupa, Kak Nia mahu merajuk.....

:-)