Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 28 Ogos 2010

Sequel Ikan Tawar untuk Lego! SEPUPU LEGO........


Siapa sepupu Lego? Bagaimana Lego ada sepupu? Pelik bunyinya. Asin, Buncis, Oren dan Usu. Itu adalah nama sepupu-sepupu Lego. Semuanya comel-comel belaka. Suatu hari, Asin dicolek oleh jiran baru Afiq, Daniel. Buncis dan Oren pula hilang entah ke mana. Hanya Usu yang tidak hilang. Lego pula merajuk. Mengapa pula Lego merajuk?

Apa yang terjadi pada kucing-kucing Afiq dan Anis kali ini? Berjayakah kucing-kucing yang hilang itu ditemui?

Selasa, 10 Ogos 2010

Esok puasa tau!!! =D


Semoga semua urusan kita dipermudahkanNya..


Amin!!


(Psss.. 11 Ogos hari lahir Kak Nia tau!)
=D

Selasa, 27 Julai 2010

Lego sudah pergi!

Novel pertama Kak Nia dan Ima Imrani
adalah berkisarkan seekor kucing dalam keluarga Afiq dan Anis.


Kucing itu diberi nama Lego!



Sebenarnya, Lego memang benar-benar wujud.
Ini adalah Lego.


Ketika sedang menyiapkan beberapa tugasan di pejabat,
Kak Nia menerima SMS dari emak.


"Lego sudah mati"


Kak Nia sedih.
Walaupun Kak Nia tidak pernah menyentuh Lego,
tapi wujudnya Lego banyak memberi kesan dalam hidup Kak Nia.


Ada dua buah novel sequel Ikan Tawar untuk Lego yang masih belum terbit.
Walaupun Lego sudah tiada, 'kenang-kenangan' dengan Lego masih akan disiapkan juga.


Semoga Lego aman di sana!

Sabtu, 17 Julai 2010

Rabu, 7 Julai 2010

Kasihan tetapi comel!!!


Kak Nia ambil di sini

Rabu, 12 Mei 2010

Kucing membaiki komputer

Pertama, harus periksa dulu kerosakan komputer ini.

Kemudian, bolehlah mula dibaiki
kerosakan yang telah diakenalpasti itu.

Setelah semuanya selesai,
bolehlah berehat sebentar.
Huaaarrrghh... letih sungguh!

Kucing di atas, namanya Milo.
Kucing adik kak Nia yang
diberikan oleh mak
sebagai hadiah hari jadi nya.

Nantikan kisah-kisah menarik tentang Milo
dalam novel Kak Nia akan datang.

LEGO vs MILO

Selasa, 4 Mei 2010

Sudah hijau


Laptop kesayangan Kak Nia
(yang digunakan untuk menulis Ikan Tawar untuk Lego
dan beberapa buah novel tulisan bersama dengan ayah Kak Nia),

telah berubah menjadi hijau.

Kak Nia membeli laptop skin yang berwarna hijau kerana:

Kak Nia memang peminat hijau yang tegar.
Kak Nia mahu menyegarkan mata.
Setelah mengadap skrin yang meletihkan mata,
boleh pandang laptop skin yang berwarna hijau.

Boleh kongsikan laptop skin adik-adik?
Kak Nia mahu tahu juga..........