Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 28 Ogos 2010

Buku resepi emak Kak Nia..

Sequel Ikan Tawar untuk Lego! SEPUPU LEGO........


Siapa sepupu Lego? Bagaimana Lego ada sepupu? Pelik bunyinya. Asin, Buncis, Oren dan Usu. Itu adalah nama sepupu-sepupu Lego. Semuanya comel-comel belaka. Suatu hari, Asin dicolek oleh jiran baru Afiq, Daniel. Buncis dan Oren pula hilang entah ke mana. Hanya Usu yang tidak hilang. Lego pula merajuk. Mengapa pula Lego merajuk?

Apa yang terjadi pada kucing-kucing Afiq dan Anis kali ini? Berjayakah kucing-kucing yang hilang itu ditemui?

Selasa, 10 Ogos 2010

Esok puasa tau!!! =D


Semoga semua urusan kita dipermudahkanNya..


Amin!!


(Psss.. 11 Ogos hari lahir Kak Nia tau!)
=D

Selasa, 27 Julai 2010

Lego sudah pergi!

Novel pertama Kak Nia dan Ima Imrani
adalah berkisarkan seekor kucing dalam keluarga Afiq dan Anis.


Kucing itu diberi nama Lego!



Sebenarnya, Lego memang benar-benar wujud.
Ini adalah Lego.


Ketika sedang menyiapkan beberapa tugasan di pejabat,
Kak Nia menerima SMS dari emak.


"Lego sudah mati"


Kak Nia sedih.
Walaupun Kak Nia tidak pernah menyentuh Lego,
tapi wujudnya Lego banyak memberi kesan dalam hidup Kak Nia.


Ada dua buah novel sequel Ikan Tawar untuk Lego yang masih belum terbit.
Walaupun Lego sudah tiada, 'kenang-kenangan' dengan Lego masih akan disiapkan juga.


Semoga Lego aman di sana!

Sabtu, 17 Julai 2010

Rabu, 7 Julai 2010

Kasihan tetapi comel!!!


Kak Nia ambil di sini