Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Sabtu, 13 Jun 2009

Kucing ayah Kak Nia ~ Si Mocha

Mocha ini lahir di rumah ayah Kak Nia.
Semua adik beradiknya sudah tiada.
Ada yang hilang entah ke mana.
Ada yang mati dilanggar motorsikal.
Ibunya si Putih juga sudah hilang entah ke mana.

Kalau Mocha ini boleh berkata-kata,
sudah tentu ia akan meluahkan rasa rindu kepada
ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Gambar ini adalah kenangan terindah Mocha bersama ibu dan adik-beradiknya.

Di belakang rumah Kak Nia ada kucing.

Nampak tak? Itu lah ada anak kucing yang mengiau di belakang rumah Kak Nia.
Kak Nia kasihan melihat kucing itu.
Apabila Kak Nia membuang tulang ikan, Kak Nia akan campak kan melalui tingkap.
Jadi, dapatlah kucing-kucing itu menumpang makan di rumah Kak Nia.

Khamis, 4 Jun 2009

Kasihan

Gambar ini Kak Nia ambil semasa pulang ke kampung.
Kasihan kucing ini
terkena kurap yang agak teruk di telinga dan badannya.
Kak Nia tak tahu
sama ada kucing ini masih boleh dipanggil anak kucing
atau
kucing remaja.

Ini kerana, Kak Nia pasti ia masih belum dewasa.

Rabu, 3 Jun 2009

Manuskrip Kak Nia

Hahaha..
Tiba-tiba Kak Nia rasa ada mood nak kongsikan dengan semua orang tentang perkara ini.

Ini boleh lah dianggap sebagai pra sneak preview untuk novel pertama Kak Nia nanti.

Kak Nia akan berikan sedikit sinopsis tentang nya di entri-entri yang akan datang.

Sekarang, Kak Nia mahu jalan-jalan di alam cyber.
Kak Nia memang suka ber 'blog' dan menyinggah ke blog orang lain.
Selain menjadi peminat warna hijau yang tegar, Kak Nia juga seorang blogger tegar.

Tak percaya?
Nanti Kak Nia akan buktikan!

Jumpa lagi!
Tata...

Ahad, 31 Mei 2009

Kucing bermata hijau.

Kucing ini adalah milik ayah Kak Nia.
Kucing ini bernama Lego.
Mengapa ia bernama Lego?
Nantikan sebuah novel dari Kak Nia yang akan menceritakan tentang Lego.
Kak Nia adalah peminat hijau yang tegar!
Kak Nia ada banyak koleksi barangan berwarna hijau yang Kak Nia gemari.


Tak sangka pula kucing kesayangan ayah Kak Nia pula matanya hijau!

Sesiapa peminat kucing,
bolehlah mendapatkan novel Kak Nia yang akan terbit nanti.

Apabila sudah ada di pasaran, Kak Nia akan maklumkan!Jadi harap bersabar ya!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

Kak Nia ke Pesta Buku di Mines.

Tadi, Kak Nia berkunjung ke Pesta Buku di Mines.
Seronok melihat banyak buku di situ.
Membaca kan jambatan ilmu?


Layankan saja gambar-gambar buku ini, ye!
Kak Nia harap semua pengunjung blog Kak Nia akan ke pesta buku itu.
Seronok tau!

Percaya lah cakap Kak Nia..


Adik Kak Nia yang baru darjah satu baru saja pandai membaca.
Dia juga teruja melihat buku-buku di gerai PTS itu!

Khamis, 28 Mei 2009

Aksi si kucing.

Hari ini Kak Nia agak letih dengan pelbagai tugasan harian.

Namun, sempat juga Kak Nia carikan sesatu untuk pengunjung blog Kak Nia ini.

Video ini, Kak Nia salin dari Youtube



Harap semua terhibur!