Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Ahad, 21 Jun 2009

Ek eh! Kak Nia dapat award lagi!

Wah.. tercungap-cungap Kak Nia mengutip award dari DJ Farhani ini tau.
Besar sungguh award nya. Peraturannya juga agak ketat.

Akan tetapi, Kak Nia harus mematuhi peraturan ini...

Peraturan:
Mesti jawab dalam bentuk tajuk rancangan, lagu, drama atau cerita.
Sebenarnya, banyak lagi peraturannya.
Tapi, Kak Nia edit sesuka hati. Jangan marah ye, wahai DJ yang manis.
Kak Nia minat dengan karya seorang editor sehingga Kak Nia rasa teringin nak jadi editor pula.


1. Korang suka makan apa?
Rona-Roni Makaroni

2. Korang sayang tak kat keluarga korang?
Keluarga Bahagia


3. Apa haiwan kesayangan korang?
Aku Tak Percaya Cinta. Sambil menari-nari macam Liyana Jasmay!

4. Apa kereta idaman korang?
Moving Forward. Adakah ini tajuk lagu? Kak Nia pun tak tahu.

5. Apakah muzik yang korang minat?
Cintamu Muzik Dihatiku.

6. Apa yang korang fikir fasal kawan korang?
Di Taman Teman. Alaaa... lagu Dato' Siti Nurhaliza tu.

7. Korang ni gemuk ke kurus?
London Weight Management.
Kak Nia tak berjaya lagi memikirkan tajuk lagu atau cerita yang sesuai.

8. Korang pentingkan kecantikan tak?

Rahsia Hati

9. Apa hobi korang?
Macam-macam Aznil

10. Korang suka pi shopping & outing tak?
Bencinta~ Faizal Tahir

11. Kalau masa cuti korang buat apa?
Jalan-jalan Cari Makan

12. Korang sedang dilamun cinta tak?
Cinta itu Buta

13. Apa yang buat korang tertarik untuk berBlogger?
Teman Tapi Mesra

14. Korang ni seorang yang ceria ke, pemarah, pemalas @ sebagainya?
Inspirasi Hidupku

15. Apa prinsip hidup korang?
Bagaikan Roda

16. Korang suka muzik tak?
Isabella

17. Apa yang mesti ada dalam beg korang?
Lipstik Jungle

18. Apa yang mesti ada di sekeliling korang?
Membaca Gaya Wawasan

19. Korang suka warna apa?
Hijau bumi Tuhan

Kak Nia perasan terasa seperti
mendapat Anugerah tak berapa Bintang Popular pula! :)
Kak Nia dengan bangganya tidak mahu tag sesiapa
kerana peraturan untuk award ini adalah sangat sukar untuk dipatuhi!:)




1 ulasan:

Farahani berkata...

Hahaha . Farah buatpun dah pening kepala . :P