Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Isnin, 5 Oktober 2009

Ambil buku di stor PTS.

Petang tadi, Kak Nia ke PTS.
Tidak lain tidak bukan untuk mengambil novel pertama Kak Nia
yang sudah berada di pasaran.
Ayah Kak Nia yang beria-ia sangat.
Ayah kata kalau tunggu editor hantar melalui pos,
memang lambat dapat lah.

Kak Nia sangat teruja.

Ada jugak rasa tak percaya.
Gila kentang sungguh!!

Akhirnya, dapat juga Kak Nia pegang novel Ikan Tawar untuk Lego ini
dengan kedua belah tangan.

Tak percaya Kak Nia dan Imah mampu
menyiapkan novel ini dengan jayanya.
Apa lagi..
Posing maut laaa dengan novel pertama kami
yang sudah pun berada di pasaran.
Kalau tak jumpa kat kedai buku, boleh juga pesan dengan Kak Nia.
Kak Nia ada 6 buah.
Nanti akan diposkan.
Harganya idak laaa mahal mana
.
Hanya RM13.50.

Kalau nak Kak Nia pos ke rumah adik-adik,
kena lah tambah RM5-6 untuk kos pen
ghantaran.
=)



Kalau ada yang berminat,
sila lah email lah Kak Nia di
nia_imrani@yahoo.com.my
Jangan lupa taip .my ye.
Kak Nia akan cuba balas email secepat mungkin.

Tadi, ambil 10 buah untuk penulis.
Imah ambil 3 buah.
6 buah Kak Nia punya.

Sebuah lagi, adik Kak Nia, si Naim yang ambil.
Terus dia bersemangat membaca.
Sungguh lucu bila dia membaca dengan kuat dan terangkak-rangkak.
Maklumlah baru pandai membaca.
Tidak mengapa lah, asalkan dia berminat untuk membaca.

Doakan Kak Nia akan dikurniakan ilham untuk
terus berkarya...

=)

Sayang semua...
Kak Nia yang sedang gembira.


3 ulasan:

Aqilah Suhaizam berkata...

Syabas KakNia.Kalau nak pesan,nanti Kak Nia nak hantar buku tu dekat rumah ke KakNia post?Kalau post,duit nak hantar macammana? hee.

aqilah97.nurul@yahoo.com

SYABAS Kak Nia!Semoga Kak Nia lebih maju dan berjaya!

nurul hidayah roslan berkata...

salam kak Nia,

wah!! buku dah siap. Semoge akak berjaye jadi penulis yang tekemuke dan semoge diMURAHKAN REZEKI=d

Sharinginfoz berkata...

Tahniah, semoga dengan siapnya buku pertama akan bersemangat untuk menulis buku seterusnya.