Mari Ikut Kak Nia

IKLAN

Rabu, 11 November 2009

Novel pertama diterima sebagai novel bersiri

Alhamdulillah..
Allah mendengar doa Kak Nia!
Terima kasih Allah...

Novel pertama Kak Nia mendapat sambutan yang boleh dikata menggalakkan.
Terima kasih kepada adik-adik yang telah mendapatkan novel tersebut.
Seronok tak bila sudah berkenalan dengan Lego?

Cik Puan editor telah meluluskan sinopsis untuk siri yang kedua.

Masih tentang Lego.
Sambungan dari kisah "Ikan Tawar untuk Lego".
Adik-adik akan dapat berkenalan dengan kucing-kucing yang lain pula!

Kak Nia diminta menyiapkan manuskrip kedua ini akhir bulan Disember.

Oh, sudah teramat suntuk sekali (sudahlah 'teramat'.. 'sekali' pula tu)

Kak Nia akan cuba sehabis baik!

Isnin, 12 Oktober 2009

Ikan Tawar untuk Lego~ Tempat ke-20 Paling Banyak Dipesan bagi September 2009.

Senarai Judul Buku PTS yang Paling Banyak Dipesan oleh Kedai bagi September 2009

Artikel disalin dari Universiti Terbuka PTS.

Tuan Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS memberitahu senarai di bawah adalah 30 judul yang paling banyak dipesan oleh agen-agen PTS sepanjang bulan September 2009:

1. Senangnya Memasak Sambal & Sos (9688 naskhah)

2. Dahsyatnya Doa Ibu (2894)

3. Sejak Bila Kami Berkawan? (2891)

4. Senangnya Memasak Ayam (2841)

5. Senangnya Memasak Ikan (2807)

6. Senangnya Memasak Nasi (2658)

7. The King Of Torts - Edisi Bahasa Melayu (2622)

8. Gadis Lolipop (2570)

9. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (2464)

10. Senangnya Memasak...Daging (2391)

11. Komik-M: Raya 1 (2301)

12. Komik-M: Kad Raya Dari Syurga (2239)

13. Strategi Bisnes Manchester United (2046)

14. Doa Insan Berkasih (2015)

15. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (1988)

16. Young Aisyah: Ponteng Puasa (1947)

17. G.T.O (Guru Terhebat Olan) (1805)

18. Lukisan Jiwa (1796)

19. Sarah dan Senduk (1788)

20. Ikan Tawar Untuk Lego (1492)

21. Tempat Ke-2? (1435)

22. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia (1413)

23. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (1373)

24. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain (1297)

25. Senangnya Memasak Kerabu & Salad (1238)

26. Usahawan Cilik: Kerepek AF (1167)

27. Geng Genius: Misteri Luqman (1151)

28. Emilda (1146)

29. The Broker - Edisi Bahasa Melayu (1073)

30. 101 Idea Bisnes Home-Based (1018)

Isnin, 5 Oktober 2009

Ambil buku di stor PTS.

Petang tadi, Kak Nia ke PTS.
Tidak lain tidak bukan untuk mengambil novel pertama Kak Nia
yang sudah berada di pasaran.
Ayah Kak Nia yang beria-ia sangat.
Ayah kata kalau tunggu editor hantar melalui pos,
memang lambat dapat lah.

Kak Nia sangat teruja.

Ada jugak rasa tak percaya.
Gila kentang sungguh!!

Akhirnya, dapat juga Kak Nia pegang novel Ikan Tawar untuk Lego ini
dengan kedua belah tangan.

Tak percaya Kak Nia dan Imah mampu
menyiapkan novel ini dengan jayanya.
Apa lagi..
Posing maut laaa dengan novel pertama kami
yang sudah pun berada di pasaran.
Kalau tak jumpa kat kedai buku, boleh juga pesan dengan Kak Nia.
Kak Nia ada 6 buah.
Nanti akan diposkan.
Harganya idak laaa mahal mana
.
Hanya RM13.50.

Kalau nak Kak Nia pos ke rumah adik-adik,
kena lah tambah RM5-6 untuk kos pen
ghantaran.
=)



Kalau ada yang berminat,
sila lah email lah Kak Nia di
nia_imrani@yahoo.com.my
Jangan lupa taip .my ye.
Kak Nia akan cuba balas email secepat mungkin.

Tadi, ambil 10 buah untuk penulis.
Imah ambil 3 buah.
6 buah Kak Nia punya.

Sebuah lagi, adik Kak Nia, si Naim yang ambil.
Terus dia bersemangat membaca.
Sungguh lucu bila dia membaca dengan kuat dan terangkak-rangkak.
Maklumlah baru pandai membaca.
Tidak mengapa lah, asalkan dia berminat untuk membaca.

Doakan Kak Nia akan dikurniakan ilham untuk
terus berkarya...

=)

Sayang semua...
Kak Nia yang sedang gembira.


Rabu, 23 September 2009

Selamat Hari Raya

Salam untuk semua..

Kak Nia memang terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua.


Kak Nia nak berkongsi sikit gambar masa Kak Nia berhari raya.
Lepas raya ni, Kak Nia tak pemalu sangat dah.
Tahun ini Kak Nia beraya di kampung suami Kak Nia di Terengganu.


Sungguh seronok bila kita berjaya menunaikan puasa selama sebulan.
Lebih seronok ketika Kak Nia masih kecil, sebab dapat duit raya.

Adik-adik semua banyak dapat duit raya?
Duit raya yang diterima jangan dibazir-bazirkan.
Kalau boleh, separuh dari jumlah nya eloklah disimpan di dalam tabung.
Kalau tidak pun, simpan dalam bank. Barulah tidak kena curi. =)

Sejak Kak Nia bekerja, Kak Nia sudah tidak ada harapan lagi nak dapat duit raya.
Kak Nia pula yang memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Haaaa... siapa nak duit raya dari Kak Nia?
Sila laaa datang ke rumah Kak Nia..

Sayang semua..
~Kak Nia yang cumel..

Ahad, 6 September 2009

Jawapan untuk pengunjung blog Kak Nia..

Padam
Salam semua..
Makan apa berbuka puasa tadi?
Kak Nia kembali menulis dalam blog ini pada hari ke-14 puasa.
Kak Nia mendapat beberapa komen dari sweet_teddy yang berminat mahu menjadi seorang penulis. Kak Nia telah berkunjung ke blog sweet_teddy dan mendapati sweet_teddy memang berbakat dalam penulisan. Nama sweet_teddy itu pun sudah comel! Tentu tuan empunya nama lebih comel, kan? =)
sweet_teddy:) berkata...

teringin jugak nak jadi penulis buku macam akak. sy ni boleh juga tulis cerpen tp nak tulis panjang2 tu tak brapa nak pandai. kak nia ader tips tak nak jadi penulis buku?


Blogger sweet_teddy:) berkata...

Macammana kak nia jadi penulis buku?

2009 Ogos 30 08:27

Padam
Buat sweet_teddy..

Pada mulanya, Kak Nia jadi penulis terdorong apabila melihat ayah Kak Nia menulis. Ayah Kak Nia sudah berjaya menghasilkan beberapa karya; novel kerjaya dan juga beberapa siri terjemahan. Kalau sweet_teddy berminat hendak menjadi penulis, sweet_teddy mesti rajin berkunjung ke laman web PTS. Di laman web tersebut akan memberitahu tarikh bengkel penulisan yang akan diadakan. sweet_teddy jangan risau kerana kebanyakan bengkel yang dianjurkan adalah secara percuma.

Dalam bengkel itu nanti, ada pelbagai ilmu dunia penulisan akan dapat diperolehi.

Kalau sweet_teddy berminat, boleh lah bercakap dengan penyelaras bengkel itu nanti. Boleh lah bertanyakan bagaimana cara untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Kak Nia harap sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sweet_teddy menjadi seorang penulis yang berjaya.

Harap sweet_teddy berpuas hati dengan sedikit maklumat yang Kak Nia berikan ini.

Esok Novel Kak Nia Terbit!!

Sabtu, 29 Ogos 2009

7 September 2009 ~Novel Kami Terbit!


Lego adalah seekor kucing yang sangat suka makan ikan yang direbus tawar.

Afiq dan Anis sangat sukakan kucing. Suatu hari, mereka terjumpa anak kucing yang comel. Mereka meminta kebenaran dari ibu bapa mereka bagi memelihara kucing itu. Kucing itu begitu disayangi oleh mereka sekeluarga. Kucing itu diberi nama, Lego. Lego diberi makan ikan rebus tawar. Itu menjadikan bulu Lego sangat cantik. Suatu hari, sesuatu berlaku kepada Lego sehingga menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke Perancis. Bagaimana Lego boleh sampai ke Perancis? Apa yang menyebabkan Lego merajuk?

Dapatkan buku ini bagi mengetahui tip-tip penjagaan kucing.


Untuk makluman novel comel berwarna oren ini akan terbit pada

7 September 2009.

Boleh lah dapatkan di pasaran! Mahu beli online? Sila klik sini......

Untuk menjenguk blog penulis bersama, sila klik sini....